About Us
Mengenai KINOWELL
KINOWELLdiasaskan pada tahun 2005, merupakan syarikat kepunyaan warga Malaysia yang menyediakan peralatan dapur berkualitit melalui teknologi tercanggih. KINOWELL berikhtiar untuk memupuk gaya hidup sihat dan mengurangkan masalah pencemaran udara dengan membekalkan peralatan dapur yang mesra alam. “Keluarga, Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan” antara 4 kriteria yang sentiasa diutamakan KINOWELL ketika mengeluarkan produk kepada masyarakat umum.
Keluarga
KINOWELL percaya bahawa dapur yang sihat menjaminkan makanan yang sihat, makanan yang sihat pula membina keluarga yang sihat. Menjamu selera bersama ahli keluarga merupakan asas untuk membina keharmonian dalam keluarga, dan juga cara terbaik untuk saling berinteraksi dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga.
Persekitaran
KINOWELL sentiasa berusaha untuk menyediakan produk yang boleh membantu mengurangkan pencemaran sebagai langkah untuk melaksanakan tanggungjawab korporat dalam mengekalkan kehijauan alam semula jadi.
Keselamatan
Menyediakan produk yang selamat diguna dan bebas daripada radiasi, nitrogen oksida, karbon monoksida serta bahan toksin yang lain.
Kesihatan
Kesihatan adalah kekayaan yang terpenting untuk insan sejagat. Mengeluarkan produk yang boleh membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat terhadap pentingnya penjagaan kesihatan adalah janji kami kepada pelanggan.
|
|
NILAI-NILAI KORPORAT KINOWELL
Membina gaya hidup baru yang lebih baik
-
Untuk pelanggan-pelanggan, kami menyediakan produk berkualiti dan perkhidmatan selepas jualan yang cekap bagi menunaikan janji dan kepercayaan kami.
-
Untuk agen-agen, kami menyediakan produk yang unik dengan strategi pemasaran yang profesional bagi meningkatkan daya saing kami.
-
Untuk kakitangan, kami menyediakan suasana korporat yang menitikberatkan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kualiti diri.
-
Untuk masyarakat, kami menyediakan produk mesra alam bagi memelihara alam sekitar dan masa depan kita.
VISI KINOWELL
|